Tuesday, July 6, 2010

TAHUKAH WAHAI PEMBACA BUDIMAN......


ISRAK dan Mikraj satu peristiwa paling agung yang berlaku di bulan Rejab, setahun sebelum penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah.
Umat Islam wajip mempercayai dengan penuh keyakinan peristiwa itu.
Peristiwa bersejarah itu diabadikan dalam al-Quran mengandungi hikmah amat besar, menunjukkan kekuasaan Allah mencipta alam ini dan membenarkan lagi kerasulan Muhammad s.a.w.
Ia peristiwa sangat luar biasa, mencabar pemikiran manusia seisi alam kerana berlaku di luar pencapaian panca indera biasa manusia, namun bagi golongan beriman tetap yakin dengannya kerana ia bukti kuasa Allah.
Dalam Islam, ulama mencapai kata sepakat sesiapa yang meragui atau tidak mempercayai peristiwa Israk dan Mikraj hukumnya kafir.
Daripada riwayat, menceritakan beberapa liku kejadian dialami Rasulullah s.a.w dan kejadian aneh bermula sebelum melalui perjalanan Israk dan Mikraj lagi.
Baginda mengalami pembedahan dada, hati Baginda dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah), kemudian dijahit kembali dadanya dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah.”
Selesai pembedahan, didatangkan haiwan iaitu Buraq untuk ditunggangi Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan 'Israk' dan sepanjang perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan ditemani Jibril.
Tiba di tempat tertentu Rasulullah diarah oleh Jibril supaya berhenti dan bersolat dua rakaat, seperti di Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah, Bukit Tursina (tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyu) dan Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa a.s. dilahirkan).
Dalam perjalanan itu juga Baginda mengalami beberapa kejadian seperti gangguan jin Afrit dan menyaksikan golongan yang sedang bertanam, terus menuaikan hasil tanaman.
Baginda juga menyaksikan tempat yang berbau harum iaitu bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Firaun) bersama suami dan anak-anaknya yang dibunuh Firaun, segolongan sedang memecahkan kepala, golongan yang menutup kemaluan mereka dengan secebis kain serta lelaki dan perempuan memakan daging mentah berbau busuk.
Ketika Mikraj (ke Hadhratul Qudus menemui Allah) Baginda didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah s.a.w. dan Jibril naik ke tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Baginda dinaikkan ke beberapa lapisan langit bertemu dengan kalangan nabi dan rasul, termasuk Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya.
Baginda juga bermunajat dengan Allah dan dalam munajat itu baginda menerima perintah melakukan solat 50 waktu sehari semalam, yang kemudiannya dipendekkkan kepada lima waktu saja.


Allahu Akhbar.. Justeru itu, Janganlah kita lalai dalam mengerjakan suruhanNya. Marilah bersama dalam kita beramal ke jalan Nya.




Monday, June 21, 2010

SELAMAT HARI BAPA 2010 ..............

SALAM PEMBACA YANG BERSTATUS BAPA.....................

APAKAH PERBEZAAN APCO & ICG

SALAM HORMAT KEPADA PEMBACA BUDIMAN........

Hari ini NagaMalaya dapat sedikit penjelasan tentang perbezaan antara APCO & ICG (International Crisis Group).

Jadi, NagaMalaya dengan sukacitanya ingin memberitahu para pembaca tentang perbezaannya.

APCO:
· APCO merupakan sebuah syarikat komunikasi global, yang terlibat dalam industri media dan penyiaran maklumat.

· Paul Stedlen yang mewakili APCO di Malaysia merupakan seorang bekas wartawan dan jurucakap bagi badan tersebut

· Fungsi APCO adalah hanya untuk membantu melalui arena media bagi memulihkan imej negara daripada sudut diplomatik dan koprat.

· Selain itu APCO juga merupakan syarikat antarabangsa yang mempunyai cawangan di seluruh dunia termasuk di rantau Arab.

ICG:
· Manakala ICG yang di anggotai Anwar Ibrahim merupakan sebuah badan yang diwakili pegawai perisikan dan pertahanan Kerajaan Amerika Syarikat dan Kerajaan Israel.

· ICG juga didapati bertanggungjawab menyediakan maklumat risikan dan nasihat untuk membantu negara barat menghadapi ancaman dan krisis keselamatan global.

· ICG merupakan sebuah badan yang dibiayai oleh badan-badan sekular dan pro Yahudi, di bawah pimpinan George Soros

Fikir-fikirkanlah wahai pembaca................. Demi Bangsa, Agama & Negara..........

Wednesday, June 16, 2010

1 Malaysia Theme Song

LAGU NEGARAKU



Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta

Lagu Negaraku dalam rentak baru kurang popular. Malah ada yang menyamakan tempo lagu baru seperti lagu sirkus. Pada Julai 2003 akhbar Malaysia menyatakan bahawa lagu Negaraku akan ditukar sekali lagi dan liriknya akan ditukar dari Negaraku kepada Malaysiaku. Terdapat bantahan ramai dan pertukaran nama dibatalkan, tetapi lagu Negaraku diubah dan dikembalikan kepada tempo pra-1992 oleh pengubah Wah Idris.

Tuesday, June 15, 2010

PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU


Wahai Generasi Muda....... Tahukah anda bahawa,

Pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu telah menerima pengisytiharan kemerdekaannya tepat pada detik pertama jam 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, bagi menandakan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia. Laungan "MERDEKA" telah dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama keesokan harinya tepat 9.30 pagi di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Oleh yang demikian, NagaMalaya menyeru kepada Generasi Muda agar lebih menghargai Negara Kita yang tercinta ini..........

Monday, June 14, 2010

GST














Salam Pembaca Sekalian......

Tahukah kalian tentang GST ? Setahu NagaMalaya.........

GST adalah singkatan bagi Goods & Service Tax atau dalam bahasa melayunya, Cukai Barangan & Perkhidmatan. Sejak akhir-akhir ini...... umum merungut dan bimbang jika GST ini dilaksanakan. Kebanyakkan mereka terpengaruh dengan agenda-agenda pelbagai pihak yang sentiasa tidak bersyukur dan membangkang jika berlakunya pembaikkan pada ekonomi negara.
Bukan apa lah kan....... NagaMalaya dapat merasakan bahawa apabila kerajaan bercadang melaksanakan GST dalam sistem percukaian negara bagi memantapkan lagi hasil dan ekonomi negara, maka pertumbuhan sihat akan berlaku. Itu yang NagaMalaya suka tuh........

Beberapa soalan daripada umum yang selalu diutarakan.... iaitu :

(1)“Bagaimanakah dengan harga barangan dan perkhidmatan nanti, jika GST dilaksanakan?
Adakah harganya akan meningkat naik?
Bukankah kerajaan memberi jaminan bahawa GST hanya dikenakan pada kadar 4%sahaja?”

Jawapan :

GST diperkenalkan bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang ketika ini dikenakan pada kadar 5% hingga 10%.
Tambahan lagi SST yang dikenakan sebelum ini mempunyai beberapa kelemahan tersendiri kepada ekonomi negara termasuk boleh disalah guna oleh sesetengah pihak.
Contohnya, ada pengusaha kedai fabrik yang mengenakan cukai jualan 5%, tetapi bayaran cukai itu masuk poket mereka sendiri dan caj cukai yang sepatutnya memberikan manfaat kepada negara hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja.
Ini sudah tentu mengurangkan lagi hasil negara. Malah agensi antrabangsa seperti Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia sudah lama menegaskan bahawa sumber percukaian negara ini adalah terlalu kecil kerana hanya bergantung kepada 1.5 juta pekerja yang membayar cukai pendapatan dan pergantungan keterlaluan negara kepada pendapatan minyak yang menyumbang lebih 40 peratus daripada pendapatan kerajaan persekutuan.
Dalam pelaksanaan GST yang bakal diperkenalkan nanti, beberapa barangan keperluan asas pengguna dikecualikan daripada GST seperti produk sayuran, beras, gula, garam, tepung dan minyak masak, daging serta perkhidmatan bagi elektrik dan air.
GST dikatakan adalah sistem percukaian yang lebih cekap kerana dikutip pada setiap peringkat.
Ini bermakna, cukai tidak dikenakan kepada pengguna sahaja sebaliknya turut dikenakan kepada pengilang, pemborong, dan juga peruncit yang tidak dikenakan dalam pelaksanaan SST sebelum ini.
Pelaksanaan GST adalah baik jika sekiranya kerajaan dapat mengurangkan cukai pendapatan dan korporat.
Ini kerana pembayar cukai sudah tentu terpaksa menanggung kos yang berganda, dengan lebihan pendapatan yang perlu dikenakan cukai, mereka turut perlu membayar GST dalam masa yang sama.
Saya kira GST mempunyai banyak kelebihannya, jika tidak tak mungkin ianya telah digunapakai di 143 negara bermula di Perancis sejak 1950-an lagi. Tentu ianya lebih baik daripada SST. Apa yang penting......... pengguna (bandar /luar bandar )tidak sengsara..........