Tuesday, June 15, 2010

PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU


Wahai Generasi Muda....... Tahukah anda bahawa,

Pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu telah menerima pengisytiharan kemerdekaannya tepat pada detik pertama jam 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, bagi menandakan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia. Laungan "MERDEKA" telah dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama keesokan harinya tepat 9.30 pagi di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Oleh yang demikian, NagaMalaya menyeru kepada Generasi Muda agar lebih menghargai Negara Kita yang tercinta ini..........

No comments:

Post a Comment